
Kali ini aku nak berkongsi satu kejadian perihal sikap kita yang selalu suka ambil mudah, tidak menghiraukan undang-undang, asalkan apa yg dilakukan menyenangkan urusan diri sendiri.
Kalau dilihat dalam gambar diatas, kelihatan kakitangan mbsa sedang menunda sebuah kereta yang melakukan kesalahan meletak kereta dipembahagi jalan (kawasan larangan). Tertera jelas didalam gambar tersebut adanya papan tanda amaran yang melarang pengguna meletakkan kenderaan disitu, atau kenderaan tersebut akan ditunda.
Inilah padahnya bila melanggar undang-undang, kereta sudah ditunda, yang tinggal cuma sebuah kon yang dilekatkan sekeping notis memaklumkan bahawa kenderaan tersebut sudah ditunda dan dibawa ke berek simpanan. Kawasan kejadian ialah di sec2, diluar bangunan Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Manakala kereta yang ditunda akan disimpan di stor simpanan kenderaan di sec 17, Shah alam. Bayangkan apakah perasaan empuya kenderaan tersebut bila melihat kereta yang diletakkan disitu telah tiada. Pasti terkejut kan? Apa pula perasaan beliau selepas membaca notis bahawa kenderaannya telah ditunda? Mungkin berasa selamat, tapi tindakannya meletakkan kenderaan tersebut suka-suka hati telah menyusahkan dirinya sendiri. Beliau harus ke pejabat MBSA utk membayar denda kesalahan yang dilakukan. Barulah boleh membuat tuntutan kenderaan.
Inilah yang dikatakan nak senang dan mudah tapi dapat susah dan payah.. Moga aku tidak lalai dan melakukan kesalahan yang serupa


Facebook
FourSquare
GooglePlus
Twitter